Laman Utama   Pengetahuan  Malaysia  Percukaian Malaysia  Insentif Cukai Bagi Pengaturan Kerja Fleksibel Di Malaysia 

PENGETAHUAN

KONGSI

Insentif Cukai Bagi Pengaturan Kerja Fleksibel Di Malaysia

Insentif Cukai Bagi Pengaturan Kerja Fleksibel Di Malaysia

Bagi menyokong majikan dalam menerima pakai persekitaran tempat kerja hibrid yang moden, Kerajaan Malaysia telah mewartakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel) 2026 [P.U.(A) 225/2026] pada 16 Jun 2026. Insentif ini menyediakan potongan cukai bagi perbelanjaan layak yang ditanggung oleh perniagaan yang beralih ke arah pengaturan kerja fleksibel.

Potongan ini diperkenalkan untuk mengurangkan beban kewangan dalam mengubah operasi pejabat tradisional. Pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel menyokong pekerja dengan memupuk keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih sihat melalui waktu bekerja, lokasi dan bilangan jam bekerja yang fleksibel. Menyediakan pilihan fleksibel ini membantu kakitangan kekal produktif dan membolehkan syarikat mengekalkan bakat yang baik. Dengan menawarkanpelepasan cukai ini, kerajaan bertujuan untuk menjadikan kerja fleksibel sebagai amalan standard di seluruh sektor korporat.

  1. Kategori Perbelanjaan Layak

    Berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2025 dan seterusnya, majikan dibenarkan mendapat potongan sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada perbelanjaan yang ditanggung dalam tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran untuk pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel.

    Insentif cukai ini adalah tertakluk kepada jumlah amaun perbelanjaan maksimum RM500,000 dan hanya akan dibenarkan sekali sahaja di bawah kaedah-kaedah ini, dengan syarat keperluan statutori berikut telah dipenuhi:

    (1)
    Perbelanjaan tersebut mestilah ditanggung semata-mata untuk kos pembangunan kapasiti, termasuk kos latihan kepada pekerja, dan kos bagi perolehan perisian;
    (2)
    Permohonan majikan untuk pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad; dan
    (3)
    Permohonan majikan untuk pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel mestilah diterima oleh Talent Corporation Malaysia Berhad antara tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027..

  2. Kos Pembangunan Kapasiti

    Kos pembangunan kapasiti bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel bermaksud fi atau kos bagi perkara berikut:

    (1)
    Kursus atau program latihan;
    (2)
    Jurulatih dalaman;
    (3)
    Bahan latihan;
    (4)
    Sewaan ruang latihan;
    (5)
    Peperiksaan;
    (6)
    Perbelanjaan perjalanan yang ditanggung oleh jurulatih dan pekerja, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    (a) Jika melakukan perjalanan melalui pengangkutan udara, kedua-dua perbelanjaan perjalanan luar negara dan tempatan adalah bersamaan dengan tambang penerbangan kelas ekonomi;
    (b) Jika melakukan perjalanan melalui pengangkutan darat, perbelanjaan perjalanan tempatan adalah kos sebenar yang ditanggung;
    (c) Jika melakukan perjalanan melalui pengangkutan air, perbelanjaan perjalanan tempatan adalah kos sebenar yang ditanggung;
    (d) Perbelanjaan peginapan tidak melebihi RM300 sehari; dan
    (e) Makanan tidak melebihi RM150 sehari.

  3. Ketidakpakaian Insentif

    Majikan tidak dibenarkan untuk menuntut potongan di bawah Kaedah-Kaedah 2026 dalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran jika, semasa tempoh asas yang sama, mereka telah pun mengemukakan tuntutan untuk pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel di bawah Kaedah-Kaedah berikut:

    (1)
    Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Perundingan dan Latihan bagi Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel) 2015 [P.U.(A) 134/2015];
    (2)
    Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel) 2021 [P.U.(A) 377/2021].

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://www.hasil.gov.my/en atau laman web rasmi Talent Corporation Malaysia Berhad di https://www.talentcorp.com.my/ .

Kumpulan KAIZEN, bersama-sama dengan firma sekutunya di Malaysia, bersedia membantu pelanggan untuk melaksanakan segala urusan pematuhan ini bagi memastikan syarikat Malaysia anda sentiasa berada dalam status kedudukan yang baik (good standing). Sila hubungi dan berbincang dengan akauntan profesional kani di Kaizen untuk penjelasan lanjut.

Disclaimer

All information in this article is only for the purpose of information sharing, instead of professional suggestion. Kaizen will not assume any responsibility for loss or damage.

If you wish to obtain more information or assistance, please visit the official website of Kaizen CPA Limited at www.kaizencpa.com or contact us through the following and talk to our professionals:

Email: info@kaizencpa.com
Tel: +852 2341 1444
Mobile : +852 5616 4140, +86 152 1943 4614
WhatsApp/ Line/ WeChat: +852 5616 4140
Skype: kaizencpa

Bahasa

English

繁體中文

日本語

CHINA

Tutup