Sistem E-Derma Permohonan Di Bawah Subseksyen 44(6) Di Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “LHDNM”) telah memperkukuh lagi pendigitalan pentadbiran cukai Malaysia dengan pelaksanaan sistem e-Derma bagi permohonan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta tersebut”).
-
Gambaran Keseluruhan Sistem e-Derma
Sistem e-Derma merupakan platform dalam talian yang diperkenalkan oleh LHDNM untuk memudahkan permohonan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta tersebut. Melalui sistem ini, Institusi atau Organisasi (selepas ini dirujuk sebagai “IO”) dapat mengemukakan permohonan secara elektronik dan memantau status permohonan mereka dengan cara yang lebih sistematik dan cekap.
Sistem e-Derma telah mula diakses oleh IO melalui Portal MyTax sejak 20 Ogos 2025. Berkuat kuasa mulai 15 Jun 2026, semua permohonan baharu untuk kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta tersebut yang melibatkan IO wajib dikemukakan melalui sistem e-Derma.
Pengenalan sistem ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan proses permohonan dengan menyelaraskan prosedur semakan dan kelulusan, serta menghapuskan keperluan penyerahan dokumen fizikal dan kunjungan ke pejabat LHDNM. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LHDNM dalam memajukan pendigitalan ekosistem cukai Malaysia.
-
Akses Kepada Sistem e-Derma
Akses kepada sistem e-Derma adalah terhad kepada pengguna yang diberi kuasa dalam IO, iaitu individu yang ditugaskan dengan peranan sebagai Pengarah Syarikat atau Pentadbir Organisasi, yang boleh mengakses sistem tersebut melalui Portal MyTax.
Sekiranya IO atau dana melantik wakil cukai atau ejen cukai untuk mengendalikan permohonan di bawah subseksyen 44(6) Akta tersebut, penyerahan permohonan buat masa ini mesti mengikut prosedur manual sedia ada melalui Borang Maklum Balas Pelanggan, bersama-sama dengan dokumen sokongan yang diperlukan.
Sistem ini belum lagi boleh diakses oleh pihak dana, wakil cukai atau ejen cukai. Walau bagaimanapun, LHDNM telah menyatakan bahawa akses untuk kategori ini akan diperkenalkan dalam fasa pelaksanaan yang seterusnya.
-
Cara Mengakses Sistem e-Derma
Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Derma melalui Portal MyTax. Untuk mengakses sistem tersebut, pengguna dikehendaki mengikuti langkah-langkah di bawah:
-
Layari portal HASiL di https://www.hasil.gov.my/ dan log masuk;
-
Pilih peranan yang berkaitan;
-
Pilih Institusi atau Organisasi; dan
-
Akses Perkhidmatan ezHasil > e-Derma
|
-
Perkhidmatan Tambahan Yang Disediakan Melalui Sistem e-Derma
Selain daripada permohonan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta tersebut, sistem e-Derma juga menyediakan beberapa perkhidmatan berkaitan untuk IO. Ini termasuk permohonan lanjutan tempoh kelulusan, penyerahan dokumen sokongan tambahan, dan pindaan maklumat yang berkaitan dengan IO atau Dana.
-
Mengakses Manual Pengguna e-Derma
Pembayar cukai boleh mengakses bahan panduan e-Derma di:
-
Layari portal HASiL di https://www.hasil.gov.my/
-
Klik pada Menu > Perkhidmatan > Institusi / Organisasi / Dana > Perkhidmatan Dalam Talian; dan
-
Layari portal MyTax > Manual Pengguna > Manual Pengguna e-Derma
|
Kumpulan KAIZEN, bersama-sama dengan firma sekutunya di Malaysia, bersedia membantu pelanggan untuk melaksanakan segala urusan pematuhan ini bagi memastikan syarikat Malaysia anda sentiasa berada dalam status kedudukan yang baik (good standing). Sila hubungi dan berbincang dengan akauntan profesional kami di Kaizen untuk penjelasan lanjut.